Lawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPT ke UDM

KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Dato’ Prof. Ir. Dr. Radin Umar bin Radin Sohadi mengadakan lawatan kerja ke Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus Kota baru-baru ini.

Ketibaan beliau di hadapan bangunan Canseleri UDM telah disambut oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud dan pihak pengurusan UDM.

Lawatan bertujuan melihat kemudahan dan insfrastruktur yang terdapat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan sekitar UDM.

Beliau memulakan lawatan dengan meninjau Bilik Perimejan di tingkat tiga sebelum ke Makmal Kemahiran Komunikasi di tingkat dua.

Beliau kemudian diberi penerangan oleh Dr. Intan Suhana Munirah bt Mat Azmi mengenai  Makmal Kemahiran Klinikal 2.

Selain itu, beliau juga turut melawat Makmal Histologi, Makmal Mikroskop, Makmal Pengajaran 1, Makmal Pengajaran 2 dan Makmal Kemahiran Klinikal 1.

Setelah selesai mengadakan lawatan ke makmal, beliau telah diberi penerangan mengenai rancangan FPSK pada masa depan oleh Dekan FPSK, Prof. Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif di bangunan Perpustakaan.

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Dr. Rujhan Mustafa.

           

Print Email