• Home

LAWATAN PANEL PIHAK AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) ke FUHA

Dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) akan menerima lawatan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 6 dan 7 April 2011.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk penilaian perakuan akreditasi program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian.

Panel-panel penilai yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Ruzman Md Noor dari Universiti Malaya, Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Cik Nik Haizam NikJaafar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pegawai MQA yang turut serta dalam lawatan ini adalah Puan NorHafizah Mohd Arip.

Print Email