Jabatan Perpustakaan

 

Ghazali bin Mat Jamil
Ketua Perpustakaan

 

Pengenalan

Perpustakaan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) bermula pada 2006, tahun Universiti ditubuhkan. Perpustakaan yang dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan al-Mukhtar, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah diserapkan ke dalam perkhidmatan UDM pada masa yang sama.

Perpustakaan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin telah ditubuhkan pada tahun 1980 apabila kumpulan pertama pelajar KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Penubuhan perpustakaan ialah mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 22 Ogos 1981. KUSZA dan perpustakaan kemudiannya ditempatkan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu pada tahun 1981 sebelum berpindah ke kampus tetap di Gong Badak, Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982. Kampus KUSZA seluas 144 hektar telah diletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981. Pustakawan pertama mula berkhidmat pada bulan Oktober 1982.

Bangunan perpustakaan yang sedia ada telah siap dibina pada pertengahan 1987. Bagi menampung keperluan penempatan pengguna, bahan dan kakitangan, pembinaan bangunan tambahan telahpun diluluskan dan akan bermula tidak berapa lama lagi.

Pada masa ini perkhidmatan perpustakaan disediakan di dua cawangan iaitu cawangan Kampus KUSZA dan Kampus Kota. Cawangan Kampus Kota mula beroperasi pada tahun 2007. Perpustakaan Kampus Kota menyediakan perkhidmatan kepada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi dan Fakulti Sains Pemakanan di samping khidmat maklumat dan perpustakaan untuk warga Kampus Kota.

Pada tahun 1995, sistem perpustakaan berkomputer VTLS mula diperkenalkan. Kini sistem perpustakaan dikendalikan oleh sistem ILMU bermula dari tahun 2001.

 

Hubungi Kami

Perpustakaan
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel     : 09-665 3120
Faks  : 09-665 3110

Web  : http://www.udm.edu.my/perpustakaan

Web : http://www.perpustakaan.udm.edu.my (IQRA`)

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Cetak E-mel