• Home
  • Berita
  • Pelajar UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

Pelajar UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

1 WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.53.42 PM 1 WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.10 PM
WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.10 PM 1 WhatsApp Image 2021 02 11 at 3.56.11 PM

Pelajar UniSZA anjur Pameran Virtual Reality secara dalam talian

Kuala Nerus: Meskipun diuji dengan pandemik Covid-19, ia bukan penghalang bagi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menganjurkan pameran ‘Exceed 2021’ Degree Show.

Pengarah program, Mohamad Iskandar Prastio @ Basiran, berkata jika sebelum ini pelajar tahun akhir akan mengadakan pameran itu secara fizikal, tapi buat julung kalinya mereka terpaksa menganjurkan secara alam maya dalam talian.

“Saya merasa begitu teruja dan bangga kerana dapat mengajurkan program yang bermula sejak tahun 2010 ini biarpun secara alam maya pada kali ini”

“Kami tetap teruskan pameran ini kerana ia  dapat menonjolkan kreativiti dan inovasi hasil karya pelajar di platform yang disediakan khas bagi tatapan umum”, katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Exceed 2021 menerusi Platform Webex.

Majlis perasmian secara maya itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri DAN Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Rosol Wahid.

Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Mohd Afandi Salleh.

 Iskandar berkata, pelajar dapat mempromosikan bakat kepada sasaran pengunjung seperrti pengiat industri pemilik syarikat dan pencari bakat melalui pameran itu.

Sementara itu, Dato’ Rasol dalam ucapannya, memuji usaha pelajar UniSZA kerana berani mencabar diri dengan memaparkan hasil dari idea yang kreatif dan kritis kepada khayalak.

Beliau berkata, idea-idea rekaan yang dihasilkan pelajar itu adalah aset kepada universiti dan perlu didaftarkan sebagai harta intelek melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO.

“Ini supaya hasil ciptaan pelajar tidak diulang cetak, diciplak, mahupun ditiru pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan secara mudah”

“Ini dapat memastikan agar pelajar atau pereka bentuk perindustrian mempunyai hak ekslusif atas ciptaan mereka sendiri”, katanya pada majlis berkenaan.

Dengan bertemakan Reka Bentuk Islamik, pameran selama tiga hari itu akan mempaparkan hasil ciptaan pelajar yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu perabot, produk dan automotive.

Hasil karya pelajar itu dihasilkan dalam bentuk digital 3D dan dipamerkan didalam Virtual Gallery yang boleh diakses secara interaktif menggunakan peranti Virtual Reality  serta media sosial.

Print Email