• Home
  • Berita
  • Serahan Bangunan Akademik dan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut

Serahan Bangunan Akademik dan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut

                                             

  9   8   7
  6   5   4
  3   2    1
     

  

Serahan Bangunan Akademik dan Pentadbiran UniSZA Kampus Besut

Kuala Nerus - Upacara penyerahan bangunan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sultan Zainal Abidin telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Besut, hari ini.

Menurut Naib Canselor, Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, bangunan itu merupakan salah satu fasiliti Projek Pengembangan Kampus Besut dengan berkeluasan 956 ekar yang terletak di Tembila.

Bangunan itu akan dijadikan pusat pentadbiran yang menempatkan seluruh unit di Kampus Besut antaranya Pejabat Pengarah Kampus, Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Sukan dan Unit Kaunseling.

Dokumen serahan telah disampaikan oleh Pengarah JKR Terengganu, Ir. Yusuf Abd. Ghani kepada Pengarah Pusat Pembangunan dan Harta Benda, Ir Mohd  Yasim A. Ghani disaksikan bersama Naib Canselor.

# # #

Print Email