• Home
  • Berita
  • UniSZA dan KUIPs Jalin Kerjasama dalam aspek pendidikan

UniSZA dan KUIPs Jalin Kerjasama dalam aspek pendidikan

DSC 3696

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DSC 3740

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

UniSZA dan KUIPs Jalin Kerjasama dalam aspek pendidikan

Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan jaringan kerjasama dalam aspek pendidikan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata kerjasama itu merangkumi pertukaran staf akademi dan bukan akademik, pertukaran pelajar, penganjuran bengkel dan latihan, projek-projek pembangunan dan penyelidikan, program-program Pendidikan dan hasil kerja penerbitan.

“MoU ini amat penting dalam membina jaringan dan pentadbiran UniSZA di peringkat kebangsaan selain meningkatkan keterlihatan UniSZA di peringkat nasional”

“Selain itu, ia juga meningkatkan kompetensi warga UniSZA melalui aktiviti pertukaran kakitangan dan pelajar di antara kedua-dua institusi pendidikan ini” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, dengan adanya kerjasama ini, ia mengalakkan aktiviti kajian, seminar, bengkel dalam kalangan kakitangan akademik.

Pada majlis itu, UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor dan Pendaftar, Ismail Musa, manakala KUIPs pula diwakili oleh Rektor, Prof Dato Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Othman dan Pendaftar, Rohana Zainol.

# # #

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Print Email