• Home
  • Berita
  • 23 KAKITANGAN UniSZA SERTAI KONVOI MERDEKA

23 KAKITANGAN UniSZA SERTAI KONVOI MERDEKA

WhatsApp Image 2020 09 21 at 2.54.04 PM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  WhatsApp Image 2020 09 21 at 2.54.04 PM 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

23 KAKITANGAN UniSZA SERTAI KONVOI MERDEKA

Kuala Nerus – Seramai 23 kakitangan Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar (KKKP) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai konvoi KKKP Merdeka Ride sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pengarah KKKP Merdeka Ride, Hasbullah Ismail, program konvoi itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan peserta dan pelajar.

“Sepanjang perjalanan sejauh 80 kilometer yang bermula dari Kampus Gong Badak ke Kampus Besut, peserta turut mengibarkan jalur gemilang”

“Selain itu, pelbagai program telah diadakan di kampus Besut yang melibatkan penglibatan pelajar antaranya senamrobik dan petandingan melukis poster bertemakan Hari Malaysia”, katanya ketika ditemui.

Acara pelepasan peserta konvoi bermotosikal disempurnakan oleh Pengarah KKKP, Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah di hadapan pejabat kolej kediaman.

Beliau turut menyerahkan jalur gemilang kepada wakil pelajar kampus Besut.

# # #

Print Email