32 PELAJAR UniSZA PULANG KE ZON UTARA

10 Kuala Nerus : Seramai 32 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertolak pulang ke destinasi masing-masing di Kedah, Pulau Pinang dah Perlis bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan penghantaran pulang dengan menggunakan dua buah bas itu turut membawa pelajar dari USAS (1), UMP (1), UIA (1), UPM (1) dan UiTM (1).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Dr Mohd Afandj Salleh berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu adalah kali ketiga selepas Zon Timur dan Zon Tengah.


“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing di Zon Utara dengan menggunakan dua buah bas UniSZA"

“Kita juga turut membawa lima pelajar dari universiti lain untuk pulang bertemu keluarga masingmasing” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

11 12 13

Print Email