• Utama
  • Berita
  • PERGERAKAN PULANG 28 PELAJAR UniSZA KE ZON TENGAH

PERGERAKAN PULANG 28 PELAJAR UniSZA KE ZON TENGAH

6 Kuala Nerus : Seramai 28 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk seorang dari UPM dan seorang lagi dari UTHM bertolak pulang ke destinasi masing-masing bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan pulang itu membabitkan Zon Tengah iaitu pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.  Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, proses penghantaran pulang pelajar itu kali kedua selepas Zon Timur dua hari lepas.

“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing di Zon Tengah dengan menggunakan dua buah bas UniSZA"

“Saya ucap terima kasih pada semua pihak terutama MKN, PDRM, petugas-petugas di kampus yang menguruskan penghantaran pulang mereka ini” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dr Hassan Basri berkata, UniSZA telah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk saringan kesihatan pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum mereka pulang.

7 8 9

Cetak E-mel