• Home
  • Berita
  • PERGERAKAN PULANG 26 PELAJAR UniSZA KE 3 BUAH NEGERI DI ZON TIMUR

PERGERAKAN PULANG 26 PELAJAR UniSZA KE 3 BUAH NEGERI DI ZON TIMUR

1 Kuala Nerus : Seramai 26 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang tinggal di asrama dan luar kampus bertolak pulang ke destinasi masing-masing bermula jam 10.30 malam tadi.

Pergerakan pulang itu membabitkan Zon Pantai Timur iaitu 6 di Terengganu, 9 di Kelantan dan 11 orang pelajar di Pahang.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, hanya pelajar di kawasan zon hijau sahaja dibenarkan pulang dan akan dilakukan secara berperingkat mengikut zon bermula mala mini.

“Alhamdulillah, kita telah menghantar pelajar pulang ke tempat masing-masing malam ini, satu ke Kelantan dan dua bas ke Pahang”
“Saya ucap terima kasih pada semua pihak terutama MKN, PDRM, petugas-petugas di kampus yang menguruskan penghantaran pulang mereka ini” katanya ketika ditemui.
Katanya lagi, itu adalah satu dari usaha kerajaan kita bagi memastikan bahawa kita dapat menghadapi Covid-19 dengan penuh tatacara mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dr Hassan Basri berkata, UniSZA telah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan termasuk saringan kesihatan pemeriksaan suhu badan setiap hari sebelum mereka pulang.

"Bagi pelajar yang tinggal di zon kuning dan merah akan tinggal di asrama sementara makluman lanjut menyusul," katanya.  Menurutnya, seorang pelajar antarabangsa turut mendapat kebenaran balik ke Sulawesi, Indonesia semalam.

3 2 4 5

Print Email