UniSZA Sambut Sedekad Fakulti Perubatan

sedekad1 Kuala Terengganu : Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyambut ulangtahun ke-10, hari ini dan merupakan fakulti perubatan ke-10  Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Nordin Simbak, berkata program yang bertemakan “Menjejak Masa, Menggapai Kecemerlangan” itu diadakan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada masyarakat.

“Ini adalah selari dengan peningkatan yang membimbangkan dalam kes kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung dan gejala penyalahgunaan dadah”

“Program ini diharap dapat menyedarkan masyarakat bahawa kesihatan yang baik adalah jaminan untuk hidup sejahtera,” katanya pada majlis perasmian Sambutan Sedekad Fakulti Perubatan UniSZA 2019,di Kampus Perubatan.

Program selama tiga hari itu turut disertai komuniti luar bagi membekalkan pengalaman baharu kepada pelajar dan gambaran sebenar kehidupan di luar yang lebih mencabar sebagai persediaan sebelum tamat pengajian.

Dr. Nordin berkata, pelajar kini perlu bersedia dengan pelbagai kemahiran ‘soft-skill’ bagi menyiapkan diri kea rah cabaran alam pekerjaan di Revolusi industri ke-4 yang kian mencabar.

Fakulti Perubatan bermula dengan nama Fakulti Sains Kesihatan pada tahun 2007 setelah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Fakulti Perubatan memulakan pengambilan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) yang pertama pada 2009 setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi dengan jumlah pelajar seramai 30 orang.

Kini, kemasukan pelajar di Fakulti Perubatan di UniSZA meningkat sehingga 90 pelajar bagi setiap kali sesi pengambilan.

sedekad2

Cetak E-mel