• Home
  • Berita
  • Robot Naseem Jadi Tumpuan Di Pentas Konvokesyen UniSZA

Robot Naseem Jadi Tumpuan Di Pentas Konvokesyen UniSZA

WhatsApp Image 2019 10 18 at 14.24.11 Kuala Nerus : Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi meriah dengan kehadiran Robot Naseem di atas pentas menyampaikan scroll.

Kehadiran Robot Naseem itu mendapat tepukan gemuruh dari lebih 1,500 graduan, kakitangan  dan ibu bapa yang berada di dalam Dewan Al Muktafi Billah Shah, di sini.

Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Sistem Kualiti & Risiko, Prof Madya Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, berkata Robot Naseem telah direkabentuk, dibangunkan dan diprogramkan sepenuhnya oleh UniSZA,.

“Ini adalah hasil usaha Mechanical, Electronic, Computing and Arts Research Group (MECCA) iaitu kumpulan penyelidikan yang terdiri dari lima pensyarah di Fakulti Rekabentuk Industri dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)”

“Robot Naseem ini dicetak menggunakan teknologi cetakan 3D dan mengambil masa hanya tiga minggu untuk disiapkan”, katanya ketika ditemui di Majlis Konvokesyen UniSZA.

Menurutnya lagi, Robot Naseem adalah robot ke-3 yang telah dibangunkan oleh MECCA dan juga merupakan kumpulan rasmi bagi mewakili UniSZA dalam pertandingan Robocon peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Robot berkenaan diberi nama Naseem yang bermaksud Hembusan Bayu Yang Lembut bersempena lapan nilai teras yang terkandung pada 8 kelopak utama pada logo UniSZA

Antara 8 nilai teras berkenaan asalah Ilmu, Iman dan Akhlak, Amal, Kepimpinan, Koloborasi, Keusahawanan, Transformasi dan Inovasi.

WhatsApp Image 2019 10 18 at 14.24.131   WhatsApp Image 2019 10 18 at 14.24.132   WhatsApp Image 2019 10 18 at 14.24.12   WhatsApp Image 2019 10 18 at 14.24.111

Print Email