UniSZA Perbaiki Pencapaian Lalu Dalam PECIPTA 2019
Batu Pahat – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim (DSI) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor pada 22 hingga 23 September 2019.
Penyertaan pada PECIPTA tahun ini telah berjaya membuahkan hasil yang amat membanggakan apabila semua produk UniSZA telah dianugerahkan dengan pingat.
Sebanyak tujuh (7) pingat emas, lima (5) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa telah berjaya diperolehi oleh produk UniSZA malah pencapaian ini lebih membanggakan apabila kutipan pingat emas kali ini merupakan yang terbanyak sepanjang penyertaan UniSZA dalam PECIPTA.
Bertemakan Inovasi Melangkaui Imaginasi, PECIPTA adalah acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih sejak tahun 2000.
Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang penganjuran PECIPTA tahun ini. Antaranya adalah STEM Young Inventor, The Pitch, Misnistry Talk dan pameran daripada industri.
Acara yang diatur ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman secara tidak langsung kepada peserta PECIPTA terhadap peluang dan tawaran menarik dalam bidang inovasi dan penyelidikan.
Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia UniSZA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan UniSZA di PECIPTA 2019.
Keputusan Penyertaan UniSZA dalam PECIPTA 2019
Bil. |
Nama |
PTj |
Projek |
Pingat |
1. |
Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh |
FKI |
EduGaya 4.0 |
Emas |
2. |
Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad |
FPP |
Maqasid Shariah Quality of Life Assesment (e-MSQoL) Application |
Emas |
3. |
Prof. Madya Dr. Normadiah Daud |
FKI |
Shariah Compliant Milk Bank Model |
Emas |
4. |
Prof. Madya Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin |
FIK |
Virtual Lower Limb Rehabilitation for Post-Stroke Patients |
Emas |
5. |
Prof. Madya Dr. Radzuwan Ab. Rashid |
FBK |
COLLA-TALE: The Smart System for Creative Writing |
Emas |
6. |
Dr. Abd Jamil Zakaria |
FBIM |
Superb Dairy Fertilizer (SDF) |
Emas |
7. |
Dr. Mohd Hasrul Shuhari |
FKI |
My Shakhsiyyah AR |
Emas |
8. |
Prof. Madya Dr. Roslan Umar |
ESERI |
UniSZA-SID : UniSZA-Sudden Ionospheric Disturbance System |
Perak |
9. |
Prof. Madya Dr. Mohd Mokhlesur Rahman |
Production of Halal Pheromone for Perfumes from Salacca Zalacca (salak) Fruit |
Perak |
|
10. |
Dr. Siti Fatimah Salleh |
FKI |
e-Anak Susuan |
Perak |
11. |
Dr. Wan Nor Shuhadah Wan Nik |
FIK |
i-BeeHOME: An Intelligent Stingless Honey Beehives Monitoring Tools |
Perak |
12. |
Dr. Norshazila Shahidan |
FBIM |
Low Glycemic Index Fruit Spread from Immature Rock Melon |
Perak |
13. |
Prof. Dr. Hafizan Juahir |
ESERI |
Waste Trap |
Gangsa |