UniSZA Jalin Kerjasama Dengan Karabuk University

turkiii2 UniSZA meneruskan komitmen dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan dengan terjalinnya kerjasama dengan Universiti Karabuk, sebuah universiti awam di wilayah Karabuk, Turki.

Kerjasama ini diterjemah melalui pemeteraian MoU yang melibatkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran pelajar dan kakitangan serta lain-lain kerjasama yang dipersetujui.

Aktiviti bersama Universiti Karabuk dijangka bermula seawal Oktober 2019 dengan UniSZA bakal menempatkan pensyarahnya di Universiti Karabuk sebagai pensyarah jemputan untuk tempoh 2 minggu.

Majlis menandatangani MoU telah disempurnakan pada 22 Ogos 2019 dengan UniSZA diwakili oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) manakala Universiti Karabuk diwakili oleh Rektornya, Prof. Dr. Refik Polat.

UniSZA sebelum ini telah menandatangani protokol bersama Universiti Karabuk untuk pelaksanaan program Mevlana yang melibatkan aktiviti pertukaran pelajar.

turkiii1   turkiii3  

 
 

Print Email