• Home
  • Berita
  • Kerjasama UniSZA dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University Perkasa Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniyah

Kerjasama UniSZA dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University Perkasa Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniyah

turkii2 Istanbul - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Fatih Sultan Mehmet Vakif University (FSMVU) secara bersama telah bersetuju untuk memperkasa Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniyah yang terletak di FSMVU, Istanbul. Kerjasama ini meliputi usaha mewujudkan program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda untuk ditawarkan oleh pusat kajian yang mula diwujudkan sejak 2016 itu.

Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA ketika ditemui berkata, UniSZA dan FSMVU turut bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah selain penganjuran seminar di peringkat antarabangsa. UniSZA dan FSMVU turut bersetuju merancakkan aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan selain bekerjasama menawarkan program Bahasa Turki dan Bahasa Melayu di universiti masing-masing.

Prof. Dr. Kamarul Shukri mengetuai delegasi UniSZA dalam rangka lawatan kerja 5 hari di Istanbul dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan UniSZA.

turkii3   turkii1

Print Email