• Home
  • Berita
  • Pusat Islam UniSZA Jalin Kerjasama Antarabangsa

Pusat Islam UniSZA Jalin Kerjasama Antarabangsa

turki1 Istanbul - Pusat Islam UniSZA menyahut saranan universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkasa agenda pengantarabangsaan melalui usaha kerjasama dengan beberapa pihak dari luar negara. Usaha ini bertujuan memberi pendedahan global kepada warga UniSZA dan komuniti setempat dalam aktiviti agama dan pembentukan sahsiah.

Dalam rangka lawatan kerja ke Turki pada 20 hingga 24 Ogos 2019, Pusat Islam UniSZA telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Istanbul bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Delegasi UniSZA yang diketuai oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA telah disambut oleh Mufti Istanbul, Prof. Dr. Muhammad Amin Misyli. Kerjasama antara Pusat Islam UniSZA dan Pejabat Mufti Istabul akan dimulakan dengan program pertukaran imam yang dijangka dilaksanakan bermula bulan Ramadhan 2020.

Pengarah Pusat Islam UniSZA, En. Ahmad bin Othman ketika ditemui berkata, selain kerjasama dengan Pejabat Mufti, Pusat Islam UniSZA turut mengadakan perbincangan dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyah (MTS), Turki bagi mengadakan kerjasama dalam pelaksanaan kelas tahfiz kepada pelajar pra sekolah dan komuniti setempat. " Pihak kami bercadang menawarkan kelas tahfiz kepada pelajar pra sekolah dan komuniti dengan menggunakan teknik hafazan yang digunapakai oleh MTS dan sijil akan diberikan mengikut surah-surah yang berjaya dihafal oleh mereka", kata beliau.

"Ini merupakan langkah permulaan Pusat Islam UniSZA ke arah pengantrabangsaan dan selepas ini kami bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan masjid-masjid di wilayah China", tambah beliau.

turki2   turki3   turki4

Print Email