UniSZA tandangani MoU bersama IPG

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.35 Sejarah telah terlakar pada 16 Julai 2019 apabila Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota Kerjasama antara Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 12 Universiti serta 3 Agensi ditandatangani di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah salah satu universiti yang terlibat dengan MoU ini yang bertujuan untuk kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Dato Razali Ismail.

UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Usaha murni yang dimulakan penzahirannya menerusi majlis tandatangan kolaborasi ini akn melakarkan sejarah dalam landskap pendidikan.

Ini adalah kerana julung kalinya KPM menyokong dan menyediakan platform kepada IPG di bawah KPM untuk menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai institusi pendidikan dan latihan tempatan tersohor, serta institusi swasta yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang masing-masing.

Antara universiti dan agensi yang terlibat adalah UM, USM, UKM, UIAM, UPSI, UiTM, UniMAP, UniSZA, USAS, CIAST, KUIM dan DBP.

WhatsApp Image 2019 07 16 at 15.10.36

Print Email