UniSZA jalin kerjasama dengan Universiti Fatoni, Thailand

WhatsApp Image 2019 07 07 at 09.04.38 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama bersama Universiti Fatoni (FTU) Thailand melalui majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA), hari ini.

Naib canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerjasama berkenaan adalah untuk persefahaman dan perjanjian yang melibatkan Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan di kedua universiti.

“MoU dan MoA ini pertukaran untuk menjalankan kerjasama akademik yang melibatkan mobiliti pelajar dan staff serta kolaborasi penyelidikan dalam aspek-aspek kesihatan komuniti”, katanya pada majlis berkenaan.

Majlis telah berlangsung di Asean Mall, Pattani dan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh.

Dalam majlis itu, UniSZA telah ditandatangani oleh Naib Canselor manakala FTU pula diwakili oleh Rektor, YBhg. Assoc. Prof. Dr. Ismail Lutfi Japakiya

Menurut Prof Hassan Basri, seramai 11 orang pensyarah, pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan dari Fakulti Perubatan UniSZA turut menjalankan Program Antarabangsa Khidmat Komuniti di Kampung Yarang, Masjid Bangpu, dan di Festival Wakaf Muslimah Pattani.

“Pensyarah dan pelajar UniSZA ini berkampung selama lima hari di Pattani untuk menjalankan aktiviti komuniti bersama penduduk setempat”

"Antara aktviti dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan berkenaan vaksi oleh pakar di UniSZA serta lawatan ke Hospital Pattani ", katanya

WhatsApp Image 2019 07 07 at 09.04.381

Print Email