918 Pelajar baharu mendaftar di UniSZA

mms4 Kuala Nerus - Seramai 918 pelajar dari seluruh pelosok negara memulakan langkah baharu dalam kehidupan mereka apabila mendaftar diri sebagai warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.

Pelajar perempuan menguasai bilangan kemasukan bagi sesi 2019/2020 dengan seramai 615 berbanding cuma 303 orang pelajar lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dan asasi dalam bidang pilihan masing-masing.

Ini termasuklah Asasi Sains dan Perubatan serta diploma di Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan; Fakulti Informatik dan Komputeraan; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Juga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan di samping Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Mereka yang umumnya ditemani oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Kolej Kediaman masing-masing.

918 pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini.

MMS pada kali ini turut dipenuhi dengan pebagai aktiviti antaranya larian kemanusian, Program Sukarelawan bersama Komuniti dan Bicara Tokoh.

mms1 mms2 mms3 mms5

Cetak E-mel