MBSB Serah Sumbangan Zakat RM 50,000 kepada UniSZA

Written by Ahmad Wafi on .

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.55.35 Kuala Nerus – Malaysia Buildings Society Berhad (MBSB ) menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM50,000 kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Gong Badak, hari ini.

Inisiatif itu bertujuan  membantu pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan kelangsungan hidup di kampus.

Selain bantuan dalam bentuk dermasiswa, UniSZA juga telah memanfaatkan sumbangan zakat tersebut dalam bentuk penyelesaian hutang tertunggak pengajian, elaun sara hidup, bantuan komputer riba, bantuan modal perniagaan dan elaun hafazan.

Cek sumbangan zakat disampaikan oleh Pengurus Regional MBSB, Zam Zuri Ezani Abu Hassan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh di Pejabat Naib Canselor UniSZA.

WhatsApp Image 2019 05 28 at 12.55.351

Print