UniSZA Rangkul 10 Emas di ITEX 2019

58933357 2047469408883061 7429433268979630080 n KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencipta kejayaan cemerlang apabila merangkul 10 pingat Emas dan 2 pingat Perak di 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019.

Lebih membanggakan, Dekan Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Prof Ts. Dr. Azizah Endut turut dianugerahkan ‘Best Women Inventor’ menerusi produk Quito: Mosquito Trap.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad, berkata  kemenangan tahun ini merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan dan syabas kepada para penyelidik yang terlibat di ITEX 2019.

"Alhamdulillah tahun ini UniSZA  menang kesemua 12 produk yang dipertandingkan iaitu 10 emas dan 2 perak. “InsyaAllah UniSZA akan berusaha untuk mengetengahkan produk-produk ini ke peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui. Beliau berharap agar UniSZA  terus menempa kejayaan di peringkat global dalam penyelidikan dan inovasi pada masa hadapan

ITEX yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei itu berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Bertemakan ‘Inventing for The Digital Era’, ITEX telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS), Tan Sri Emeritus Profesor Dr. Augustine S. H. Ong.

Program yang memasuki tahun ke-30 ini adalah pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan daripada 20 buah negara.

59429301 2047469338883068 932828151791222784 o 58873526 2047469235549745 7616311234513600512 n 59554778 2047470112216324 6457873029098635264 n

Print Email