FUHA Juara Debat Piala Naib Canselor UniSZA

Written by Ahmad Wafi on .

WhatsApp Image 2019 04 23 at 12.59.26 Kuala Nerus – Pasukan debat dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dinobatkan sebgai juara  Debat Piala Naib Canselor UniSZA

Kemenangan itu melayakkan pasukan yang terdiri dari tiga pelajar FUHA menerima wang tunai sebanyak RM 800.00 berserta trofi dan piala pusingan.

Naib johan pula dimenangi oleh Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) sekaligus membawa pulang wang tunai RM 600 berserta trofi.

Perlawanan akhir pasukan dari FUHA sebagai Kerajaan dan FKI sebagai pembangkang itu dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh dan Pendaftar, Ismail Ahmad.

Debat Piala Naib Canselor kali ke 10 itu  diadakan bersempena penganjuran yang sudah sedekad dan  dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

WhatsApp Image 2019 04 23 at 12.59.261 WhatsApp Image 2019 04 23 at 12.59.27

Print