145 Kakitangan UniSZA Terima APC

WhatsApp Image 2019 04 22 at 14.47.55 Kuala Nerus – Seramai 145 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 sempena Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Staf 2018.

Penghargaan yang diberi setiap tahun kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi terbaik merupakan satu lagi galakan kepada kakitangan lain untuk bersaing sihat. Penerima anugerah daripada pelbagai pengurusan dan bidang itu dinilai berdasarkan sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata majlis berkenaan juga menjadi pemangkin untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan warga kerja UniSZA.

“UniSZA telah hampir 40 tahun  dan sudah tiba masanya kita semua bersatu hati secara kolektif dalam membuat persediaan ke arah kedewasaan UniSZA dengan lonjakan yang lebih baik”

“Semua warga UniSZA perlu memperkasa potensi diri secara seimbang dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek supya ada jati diri, identiti unggul dan sentiasa berkeyakinan bagi melonjakkan universiti tercinta ini ke tahap lebih baik dan cemerlang”, katanya ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billal Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, di sini.

Beliau menyeru supaya warga UniSZA memahami dan menghayati sejarah serta falsafah penubuhan universiti agar sentiasa di atas landasan yang betul dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban.

Sementara itu, dalam majlis sama turut disampaikan beberapa anugerah lain iaitu Anugerah Akademik Universiti, Pensyarah Tamat PhD Dalam Tempoh, Anugerah Royalti Buku Tertinggi dan Anugerah Kecemerlangan Sukan Staf 2018.

Manakala, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Prof Madya Dr. Radzuwan Ab. Rashid menerima Anugerah Akademik Harapan berserta nilai anugerah RM3,000 dan sijil penghargaan.

Turut menerima anugerah adalah Profesor Dr. Harmy Mohamed Yusoff dari Fakulti Perubatan (FP) bagi Anugerah Tokoh Akademik sekaligus menerima RM5,000 berserta sijil penghargaan.

WhatsApp Image 2019 04 22 at 14.47.551

Print Email