• Home
  • Berita
  • UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YKN untuk Bina Bangunan Anjung Kasih

UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YKN untuk Bina Bangunan Anjung Kasih

YKN1 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui tandantangan Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini. Kerjasama berkenaan adalah bagi membina Anjung Kasih YKN dalam kawasan Hospital Pengajar UniSZA bagi manfaat bersama dan untuk kemaslahatan masyarakat.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Basri Hassan Awang Mat Dahan, berkata Anjung Kasih UniSZA yang bakal ditubuhkan itu akan menjadi model terkini di mana menggabungkan tanggungjawab sosial dan terapi holistik pertama di Malaysia ‘Anjung Kasih ini akan menjadi transit kepada pengiring pesakit yang kurang mampu. Dan insyallah ianya bakal disiapkan bersama Hospital Pengajar UniSZA’, katanya ketika Majlis Penyampaian Tajaan & Tandatangan Memorandum di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Selain UniSZA, sebanyak 12 rakan strategik yang terdiri daripada GLC,  Syarikat Korporat, Institusi Kewangan, NGO dan juga individu turut menjalinkan kerjasama dengan YKN.

Dato Seri Dr Wan Azizah berkata, melalui kerjasama dan sokongan itu, YKN telah dapat melaksanakan pelbagai projek yang memberi perkhidmatan
secara terus kepada masyarakat melalui pengwujudan lima buah Anjung Singgah, enam buah YKN Dialisis dan 10 buah Anjung Kasih di seluruh negara.

Tambahnya lagi, jalinan kolaborasi yang dijalinkan antara YKN bersama-sama rakan strategic YKN ini dapat memperkasakan komuniti untuk meningkatkan taraf hidup golongan sasar ykn terutama sekali bagi mereka yang memerlukan bantuan.

YKN2 WhatsApp Image 2019 04 15 at 13.44.15

Print Email