• Utama
  • Berita
  • UniSZA Serah Sumbangan kepada Pelajar Kematian Ibu, Bapa serta Adik

UniSZA Serah Sumbangan kepada Pelajar Kematian Ibu, Bapa serta Adik

56169809 1940865612709761 2868872209076584448 n Kuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Nursyafanis binti Mohd Nahar, 20 yang kehilangan kedua ibu bapa dan seorang adik dalam kejadian kebakaran di Langkawi pada 1 April 2019.

Nursyafanis yang juga anak sulung merupakan pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian, Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh mewakili Naib Canselor UniSZA kepada Nursyafanis sewaktu melawat beliau dan adik-adiknya di kediaman datuknya di Felda Cuping, Perlis.

Prof Afandi ketika ditemui berkata, dengan sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban Nursyafanis dan keluarga.
"Kami harap dengan kunjungan ini dapat mengurangkan rasa sedih dan kami mendoakan supaya adik Nursyafanis tabah menghadapi ujian ini", katanya.

55881747 1940865469376442 6877917553587388416 n 56539162 1940865546043101 2294958406739427328 n

Cetak E-mel