UniSZA JUARA KESELURUHAN SIPTAR 2019

Written by Ahmad Wafi on .

Siptar3 Kuala Nerus – Kutipan 11 pingat emas, 10  perak dan 5 gangsa membolehkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menutup Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR) 2019  di sini hari ini selaku juara keseluruhan.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka menduduki tempat kedua setelah mengutip 5 emas, 6 perak dan 5 gangsa manakala Politeknik Sultan Ahmad Shah berada di kedudukan ketiga dengan 4 emas dan 3 gangsa.

Kejohanan selama lima hari yang  itu adalah edisi kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun 2009 dan mempertandingkan sebanyak lapan acara sukan

Pengarah Pusat Sukan UniSZA, Riduan Mohamed Arof berkata , pada edisi kali ini, UniSZA menghantar 76 atlet dengan menyertai kesemua lapan acara yang dipertandingkan.

“Alhamdulillah, kami meraih sekali lagi juara keselurahan selepas edisi pertama pada 2009 dan ini merupakan kejayaan yang bermakna buat atlet UniSZA” katanya katanya pada majlis penutup SIPTAR 2019, di Dewan Perdana UniSZA.

Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Madya Dr. Ahmad Afandi Salleh.

Menurut Riduan, sebanyak  27 pasukan institusi pengajian tinggi dari seluruh Pantai Timur telah menyertai SIPTAR 2019 dengan membabitkan seramai 1,030 atlet dan 200 pegawai.

Sementara itu, Prof Dr Hassan Basri mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan pegawai dari seluruh IPT dalam menjayakan kejohanan itu sekaligus mengertkan lagi hubungan antara pelajar di Pantai Timur.

Beliau turut menyerahkan bendera SIPTAR kepada UiTM Machang selaku tuan rumah pada 2021 nanti.

siptar1 Siptar2   Siptar4   Siptar5

Cetak