UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI CHIBA, JEPUN

chiba1 KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Perjanjian Surat Niat (LoI) dengan Universiti Chiba, Jepun bertujuan mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), Prof. Dr. Wan Abd Aziz Bin Wan Mohd Amin dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Prof. Madya Dr Abdul Manam Mohamad, manakala Universiti Chiba diwakili oleh Prof. Dr. Chiyo Yonemura dan Prof. Dr. Shingo Odani.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Pendaftar UniSZA, Ismail Ahmad.

Prof Hassan Basri berkata, kerjasama dijalinkan oleh UniSZA dan Universiti Chiba adalah bermula apabila kedua-dua institut pengajian tinggi terbabit bersama menjayakan projek kajian berkaitan sosiologi Orang Asli dari Kaum Bateq di Kelantan dan Kaum Semaq Beri di Terengganu

“Pihak UniSZA dan Universiti Chiba akan bekerjasama dalam beberapa perkara antaranya Program Mobiliti Pensyarah dan Pelajar seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, lawatan penyelidik,program kebudayaan dan sukan serta penyeliaan PhD dan Sarjana”, katanya.

Tambahnya lagi, LoI itu juga bertujuan mejalinkan kerjasama antara kedua universiti dalam menganjurkan seminar dan projek pendidikan.

chiba2

Print Email