• Utama
  • Berita
  • PELANTIKAN YBHG PROF DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN SEBAGAI NAIB CANSELOR BARU UniSZA

PELANTIKAN YBHG PROF DATO’ DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN SEBAGAI NAIB CANSELOR BARU UniSZA

VCHB3 KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik Ybhg. Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan sebagai Naib Canselor Unversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang keempat bagi tempoh selama tiga (3) tahun, berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019 hingga 31 Januari 2022

Prof Dato’ Dr Hassan Basri merupakan mantan Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelantikan beliau mengantikan Dato’ Prof Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif yang telah tamat pada 31 Januari 2019.

Berlatar belakang pendidikan dalam Bahasa Arab, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Kuwait (1987); Sarjana (Kesusasteraan) Universiti St Andrews, Scotland (1992) dan mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, Scotland (2000).

Antara kerjaya awal beliau ialah bertugas sebagai penterjemah Kedutaan Malaysia di Kuwait dan pembantu penyelidik Kuwait Zakat House. Sebagai ahli akademik, beliau memulakan tugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (1987-2011) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia, Cairo University Mesir (2007-2011). Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Prof Dato’ Dr Hassan Basri amat aktif dalam penulisan ilmiah dengan lebih 30 buah buku/bab buku dan 20 jurnal akademik dan prosiding yang ditulis oleh beliau diterbitkan di Malaysia dan antarabangsa. Selain itu, beliau turut aktif memberi konsultansi sebagai pensyarah pelawat, penilai luar dan ahli lembaga penasihat akademik kepada beberapa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Dalam aspek kepimpinan dan pengiktirafan, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) pada 2014, Ketua Panel Menggubal Kurikulum Bahasa Arab bagi Sekolah Agama di Malaysia, Lembaga Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2012-2015) dan merupakan ahli alumni Yayasan Fulbright, Amerika Syarikat sejak 2007.

Beliau juga amat aktif dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Askar Wataniah dan dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia (berkhidmat melebihi 15 tahun) oleh Kementerian Pertahanan (2006) dan merupakan Pegawai Memerintah (Commanding Officer) Batalion 516, Regimen Askar Wataniah Malaysia dan Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaya (UM) dan USIM.

Pengurusan dan seluruh warga UniSZA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi atas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UniSZA. Ucapan penghargaan dan tahniah kepada Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri atas pelantikan beliau ke jawatan ini dan selamat bertugas.

VCHB1 VCHB2 VCHB4

Cetak E-mel