• Home
  • Berita@UniSZA
  • LAWATAN AKADEMIK PROFESSOR DARI UNIVERSITI YAMANASHI, JEPUN DI FAKULTI PERUBATAN, KAMPUS PERUBATAN

LAWATAN AKADEMIK PROFESSOR DARI UNIVERSITI YAMANASHI, JEPUN DI FAKULTI PERUBATAN, KAMPUS PERUBATAN

FKJepun3 RABU, 22 NOVEMBER 2018: Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan lawatan akademik profesor dari Universiti Yamanashi,Jepun di Fakulti Perubatan, Kampus Perubatan.

Antara delegasi yang hadir ialah Prof. Dr. Masayuki Takeda, Naib Presiden, Universiti Yamanashi , Prof. Dr. Hiroshi Onishi, Pengerusi Jabatan  Urologi dan Prof. Dr. Xiaoyang Mao, Pengarah, Pusat Pendidikan dan Pertukaran Antarabangsa.

Tujuan lawatan tersebut diadakan bagi memberi ruang fakulti membincangkan kolaborasi penyelidikan, pembangunan kurikulum akademik, kepakaran dan slot syarahan akademik.

Antara aktiviti semasa lawatan adalah  sesi  perbincangan bersama pihak pengurusan fakulti yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan.  Turut hadir semasa sesi pertemuan adalah Prof. Madya Dr.Mohd Afandi bin Salleh, Pemangku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Program disusuli dengan Syarahan Akademik pada pukul 11.00  di Dewan Teater yang disampaikan oleh Prof. Dr. Masayuki Takeda dan Prof. Dr. Hiroshi Onishi dengan tajuk syarahan “University of Yamanashi, New University Hospital and Advanced Clinical Medicine” dan “Current status and future of radiation therapy: developing to be a main stream of cancer treatment”. Program syarahan akademik ini dapat dijayakan dengan baik dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada staf akademik, Fakulti Perubatan.

Pada sebelah petang, semua delegasi dibawa melawat sekitar  Kampus Gong Badak dan tapak pembinaan Hospital Pengajar UniSZA. Seterusnya, pada sebelah malam semua delegasi, pihak pengurusan tertinggi UniSZA dan pihak pengurusan  Fakulti Perubatan  hadir bagi menikmati makan malam di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Perbincangan santai telah diadakan sepanjang makan malam tersebut.

Lawatan akademik ini diharap akan diteruskan pada masa akan datang melalui Perjanjian Kerjasama(MoA) dan lantikan professor pelawat supaya kolaborasi anatara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

FKJepun1 FKJepun2

Print Email