• Home
  • Berita@UniSZA
  • FAKULTI PERUBATAN MEMPERLUASKAN PENGAMBILAN PELAJAR SISWAZAH ANTARABANGSA

FAKULTI PERUBATAN MEMPERLUASKAN PENGAMBILAN PELAJAR SISWAZAH ANTARABANGSA

FK16122 KHAMIS, 15 NOVEMBER 2018: Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA melalui Fakulti Perubatan baru-baru ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoA) dan Letter of Intent(LOI) dengan beberapa institusi dari Medan, Indonesia. Institusi- institusi yang terlibat ialah Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), Institut Kesehatan Deli Husada (IKDH) dan  Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam (IKMLP).

Majlis tandatangan  ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UnISZA yang berharap kerjasama ini dapat memberikan faedah kepada kedua-dua pihak sama ada dari segi penyeliaan pelajar, kerjasama geran penyelidikan yang sepadan serta perkongsian ilmu yang boleh meningkatkan nilai tambah kepada sesuatu institusi.

Majlis ini diteruskan dengan ucapan daripada Prof. Dr. M Asaad, Rektor UISU, Rektor Institut Kesehatan Deli Husada Deli Tua, Drs. Johannes Sembiring dan Rektor Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam, Drs. David Ginting. 

Tujuan utama kolaborasi adalah penghantaran staf akademik UISU, IKDH dan IKMLP bagi melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Acara menandatangani dokumen perjanjian MOA dan LOI dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan disaksikan oleh wakil-wakil daripada institusi masing-masing. Antara hadirin yang hadir ialah Dr. Saiful Batubara dan Prof. Saiful Anwar Matondang daripada wakil UISU, Selamat Ginting M. Ners daripada  Institut Kesehatan Deli Husada, Rahmad Girusinga, M.Ners daripada Institut Kesehatan Medistra Lubuk Pakam. Fakulti Perubatan turut diwakili oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff, Prof. Madya Dr. Aniza binti Abd Aziz dan Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan.

FK16121 FK16123

Print Email