• Home
  • Berita
  • FKI UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN IAIN JEMBER

FKI UniSZA JALIN KERJASAMA DENGAN IAIN JEMBER

FKI1212181 FKI sentiasa  berusaha memenuhi sasaran MyRA yang diamanahkan oleh universiti kepada fakulti. Bagi tahun 2018, dua geran penyelidikan di bawah MoA telah disasarkan untuk dipenuhi. Pada 15hb. September 2018, satu MoA telah berjaya ditandatangani dengan pihak Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSA). Bagi menyempurnakan sasaran MoA kedua, satu geran penyelidikan MoA UniSZA- IAIN Jember telah diluluskan bagi melancarkan projek ini.  Geran penyelidikan khas ini menggunakan peruntukan Wang Tabung Amanah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam berjumlah RM 30,000.00.

Perbincangan yang diadakan bersempena dengan Seminar Siswazah Antarabangsa anjuran IAIN Jember ini. bukan hanya melibatkan pihak IAIN Jember, malahan turut melibatkan Majelis Ulama Indonesia yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan Islam di Indonesia. Kiyai Abdul Halim Subahar yang merupakan Ketua MUI Cawangan Jember adalah salah seorang penggerak utama dalam menjayakan program ini.

Inisiatif awal dalam menggerakkan kerjasama UniSZA dan IAIN Jember ini, telah bermula awal tahun 2017 dengan diketuai oleh Dr. Anas Mohd Yunus dengan kerjasama kumpulan i-Kasih dan penganjuran Seminar Asas Maqasid Shariah III. Delegasi UniSZA telah diketuai oleh TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad turut diiringi oleh Pengurusan Tertinggi FKI, serta wakil geran Penyelidikan Khas SRGS-FKI dan geran NRGS-iKasih.

Antara objektifnya ialah mewujudkan kerjasama yang erat antara UniSZA, IAIN Jember dan MUI serta membuka ruang perkongsian dan jaringan komunikasi yang lebih luas terutamanya dalam bidang pengajian Islam. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk mempromosi UniSZA dan secara khususnya kepakaran staf di FKI dan membantu memenuhi keperluan semasa universiti, khususnya MyRA dalam Seksyen C (Penerbitan Bersama) dan Seksyen G (Penyelidikan Bersama).

Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada :

  • Dr. Ir. R. Badlishah Ahmad, TNC Penyelidikan dan Inovasi (Ketua)
  • Dr Abdul Hakim Abdullah, Dekan FKI
  • Dr. Shafiee Hamzah, Timbalan Dekan FKI (HEPA)
  • Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Timbalan Dekan FKI (Penyelidikan dan Pembangunan)
  • Dr. Wan. Mohd Yusof Wan Chik (Wakil Geran i-Kasih)
  • Dr. Berhanundin Abdullah (Wakil Geran i-Kasih)
  • Anas Mohd Yunus (Wakil Geran SRGS-FKI)
  • Suyatno Ladiqi (Wakil Geran SRGS-FKI)

Lawatan yang merangkumi prospek kerjasama penyelidikan, akademik, pendidikan dan sosial telah berlangsung dengan jayahnya secara harmoni. Pihak IAIN Jember ternyata amat menyambut baik delegasi UniSZA. Ia hakikatnya boleh memberikan pengalaman dalam menjalankan aktiviti jalinan persefahaman sosio-budaya bangsa serumpun sebelum pihak FKI dan UniSZA melangkah lebih jauh untuk membina jalinan yang lebih luas di peringkat antarabangsa. Aspek pengalaman dan jalinan kerjasama ini diharapkan agar tidak terbatas dalam konteks institusi sahaja, bahkan akan menjangkaui konteks pelajar dan masyarakat setempat.

FKI1212182

Print Email