HARUN OSMAN PRESIDEN MPP UniSZA BAHARU

mpp1 Kuala Nerus – Pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antroplogi dan Dakwah), Harun Osman, 23, dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), bagi sesi 2018/2019 mulai kelmarin.

Harun yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah, dan sebelum ini merupakan Exco Pembangunan Mahasiswa dan Sukarelawan MPP bagi sesi 2017/2018 merupakan antara 30 barisan baharu MPP universiti itu yang diberi kepercayaan memikul tanggungjawab itu.

“Sejujurnya, saya terkejut dan terharu apabila dilantik menjadi Presiden MPP bagi sesi 2018/2019. Dan saya juga amat bersyukur kerana telah dipilih sebagai Presiden melalui pemilihan yang yang telus dengan bermulanya proses untuk menjadi ahli MPP sehinggalah saya diangkat sebagai Presiden”

“Jawatan ini bukanlah untuk mencari populariti semata- mata tetapi ia adalah batu lonjatan dan pembakar semangat dalam diri saya untuk terus berjaya dalam bidang kepimpinan dan membawa UniSZA keperingkat antarabangsa” katanya pada Majlis Watikah Pelantikan MPP sesi 2018/2019 di Dewan Perdana, di sini.

Harun berharap agar MPP sesi baharu itu membawa UniSZA ke arah yang lebih terbuka sejajar dengan dengan slogan “mahasiswa bebas bersuara” yang mana ia juga digarap oleh Malaysia Baharu.

“Dengan sokongan yang padu tanpa berbelah bagi dikalangan mahasiswa UniSZA, in shaa Allah, UniSZA akan terus mengorak langkah dan akan lebih terkehadapan daripada UA lain dari pelbagai bidang”

 “Walaupun telah dibuktikan dengan pelbagai kejayaan  UniSZA sebelum ini, namun ia belum cukup bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa berjaya yang dilahirkan oleh UniSZA dan kami harap UniSZA bakal menjadi satu aspirasi kecemerlangan dikalangan UA yang lain”, katanya.

Katanya lagi, perubahan yang akan dibawa oleh ahli kabinet MPP pada sesi kali ini adalah dengan cara membina hubungan yang lebih rapat dengan mahasiswa UniSZA yang mana hubungan inklusif dititikberatkan dan bukannya hubungan yang bersifat eksklusif dengan semua mahasiswa.

mpp3 mpp2 mpp4

Cetak E-mel