MoU UniSZA DAN IIIT

GH1 Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama International Institute of Islamic Thought (IIIT) bagi menjalinkan kerjasama perkongsian kepakaran dalam kalangan pelajar dan kakitangan kedua-dua institusi serta kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan, seminar, bengkel, latihan dan dana penyelidikan.

Selain itu, MoU ini juga bertujuan untuk bekerjasama dalam pertukaran kakitangan akademik serta pengajuran program mobiliti untuk pelajar dan kakitangan di kedua-dua universiti. Pada majlis berkenaan, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif dan disaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidakan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. R Badlishah Ahmad manakala IIIT diwakili oleh Setiausaha Agung IIIT, Prof. Dr. Omar Hassan Kasule dan disaksikan oleh Pengarah IIIT Timur dan Asia Tenggara, Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA iaitu YBhg. Datuk Dr. Muhammad Nor Manuty dan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, YBrs. Dr. Azmi bin Omar.

KUSZA mula beroperasi di Kampus Gong Badak pada Januari 1980 dan terus menongkah arus dalam lautan pendidikan sehingga ia dinaiktaraf menjadi universiti awam ke 18 pada tahun 2006 sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) melalui pengisytiharan yang dilakukan oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Semasa zaman penubuhannya.

UDM telah melalui proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 melalui Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (pemerbadanan) (Pindaan) 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu yang ke-11 digunakan bagi mengingati jasa almarhum Baginda dalam menyebar luas ilmu pengetahuan dan keagamaan di negeri Terengganu. ‘International Institute of Islamic Thought’ (IIIT) sebagai sebuah badan Pemikir Islam telah ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981 beribu pejabat di Hendon, Virginia.

Objektif utamanya adalah membentuk polisi pendidikan yang ‘evidenced-based’, kurikulum holistik, perbincangan ilmiah dalam ilmu pedagogi, program berteraskan kepimpinan, aspek-aspek penilaian yang saksama dan akhirnya melaksanakan pengkamilan (‘integration’) dalam konsep ilmu itu sendiri. Aktiviti-aktivitinya dalam beberapa pusat IIIT seperti di Amerika Syarikat, Saudi Arabia, Jordan, United Kingdom, Afrika Selatan dan di Malaysia bertujuan untuk memajukan pendidikan yang sempurna dan penyebarannya melalui penerbitan dan latihan. Sehingga tahun 2018, IIIT telah menghasilkan lebih 800 tajuk buku yang telah diterjemahkan dalam 40 buah bahasa. Kita juga amat beruntung apabila KUSZA pada tahun-tahun 80’an telah menerima kunjungan bersejarah daripada pengasas International Institute Islamic Thought (IIIT), Profesor Ismail Raji AlFaruqi yang berkhidmat di Universiti Temple di Amerika Syarikat telah melawat Kampus Gong Badak KUSZA dan menawarkan beberapa tempat kepada pensyarah-pensyarah KUSZA untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di Amerika Syarikat.

UniSZA kini beroperasi di tiga buah kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) yang merupakan kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut. Berteraskan moto “Ilmu Demi Faedah Insan”, UniSZA kini terus berkembang sebagai sebuah universiti komprehensif yang menawarkan pelbagai bidang meliputi pengajian kontemporari Islam, bidang perubatan, sains kesihatan,undang-undang, ekonomi dan sains pengurusan, rekabentuk perindustrian, sains sosial, informatik dan komputeran, biosumber dan pertanian serta sains makanan.

GH2

Cetak E-mel