• Home
  • Berita
  • MINGGU PERPUSTAKAAN UniSZA SEMAI CINTA PERPUSTAKAAN DALAM HATI PELAJAR

MINGGU PERPUSTAKAAN UniSZA SEMAI CINTA PERPUSTAKAAN DALAM HATI PELAJAR

Pustaka2 Kuala Nerus – Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meneruskan program berfaedah setiap tahun iaitu Minggu Perpustakaan UniSZA

Bertemakan “Sayangi Perpustakaanku, I Love My Library, uhibbu maktabati احب مكتبتي  ”, program itu berlangsung selama lima hari bermula 28 Oktober hingga 1 November.

Ketua Pustakawan, Rohani Othman, berkata Minggu Perpustakaan UniSZA adalahj aktiviti wajib setiap tahun dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan sama ada berbentuk akademik mahupun santai.

“Tujuan program ini adalah untuk menyemarakkan kepelbagaian aktiviti perpustakaan kepada warga universiti serta memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan serta menonjolkan kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kami harap ia dapat menonjolkan dan menguar-uarkan kepelbagaian fungsi perpustakaan dalam memberi perkhidmatan terbaik buat para pengguna untuk terus mengunjungi dan mengaplikasi perkhidmatan serta fasiliti Perpustakaan UniSZA”, katanya pada majlis perasmian Minggu Perpustakaan UniSZA berkenaan.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad.

Pada majlis itu, seramai 30 pelajar telah menerima komputer riba yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat.

Menurut Rohani, Perpustakaan UniSZA turut menyediakan anugerah istimewa kepada pengguna iaitu Anugerah Peminjam Terbanyak untuk pensyarah dan pelajar, dan Anugerah Pengunjung Paling Aktif

“Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan Perpustakaan UniSZA kepada para pengguna yang aktif meminjam bahan serta kerap mengunjungi perpustakaan”, katanya.

Katanya lagi, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya Derma Darah, Bedah Buku, Open Mic, Speakers’ Corner, PG’s Day, E-Resource Day, Grab Our Preloved, Pameran The Aesthetic of Songket Heritage, gerai Jualan, Minggu Diskaun Denda dan Jualan Al-Luqotoh.

Pustaka1

Print Email