UniSZA MEMENANGI 23 DARIPADA 24 PENYERTAAN DI IUCEL2018
International University Carnival On e-Learning (IUCEL) edisi 2018 telah dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 12 – 13 September 2018. Penganjuran kali ketiga tersebut telah diadakan di IIUM Caltural Centre, Kampus Gombak.
Sempena IUCEL 2018 ini, Pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) yang diadakan bertujuan untuk mengetengahkan penyelidikan, penciptaan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh ahli fakulti dan pelajar dari semua Universiti Awam di Malaysia. Untuk penyertaan pada edisi kali ini, UniSZA telah menghantar sebanyak 25 penyertaan dan merangkul 5 emas, 12 perak dan 6 gangsa.
Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea-idea komersial, kreatif dan inovatif disamping untuk memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Bil |
Nama Produk |
Nama Ahli |
Keputusan |
1. |
Mosque Made Merrier |
|
Gold |
2. |
Teacherfiera.com |
|
Gold |
3. |
i- Tabayyun: |
|
Gold |
4. |
Dabt al-Quran |
|
Gold |
5 |
Sokongan Sosial Keluarga (SOS IK) |
|
Gold |
6 |
AFAQ |
|
Silver |
7 |
Three Minutes Exploration (3ME): |
|
Silver |
8 |
A Quick And Practical Electronic Mental Assessment And Self-Treatment System (E-mast) Using Rule-based Technique |
|
Silver |
9 |
Eatsafe Stopwaste: Mobile App That Helps to Reduce Food Poisoning Risk and Wastage |
|
Silver |
10 |
'ACC@law firm' Account Management System for Legal Firms |
|
Silver |
11 |
B-CAKNA: Cancer Education for Timely Screening |
|
Silver |
12 |
Bactfinder: Mobile Application To Facilitate Bacteria Identification |
|
Silver |
13 |
Kualiti Hidup Komuniti Terpilih (Qol-my) |
|
Silver |
14 |
MyDGB-Malaysian Dairy Goat Breed |
|
Silver |
15 |
Asindex, A Novel Teaching and Screening Tool |
|
Silver |
16 |
Pabza |
|
Silver |
17 |
BioCmetza |
|
Silver |
18 |
M-AraBIE |
|
Bronze |
19 |
Blended Learning monitoring and reporting system |
|
Bronze |
20 |
RumpaID App |
|
Bronze |
21 |
Educating Road User Through CD-I |
|
Bronze |
22 |
GLeMS LINUS: Gamified Learning Management System for LINUS Students |
|
Bronze |
23 |
Obesity Socials |
|
Bronze |
Pihak AQeL mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta atas penglibatan pada karnival tersebut. Harapan AQeL agar penyertaan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.