• Home
  • Berita
  • 40 KAKITANGAN PEJABAT PENDAFTAR KIBAR JALUR GEMILANG DI PUNCAK BUKIT MARAS

40 KAKITANGAN PEJABAT PENDAFTAR KIBAR JALUR GEMILANG DI PUNCAK BUKIT MARAS

dere2 Kuala Nerus Seramai 40 kakitangan  Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai ekspedisi mendaki Bukit Maras, di sini sambil membawa jalur gemilang dan mengibarkannya di puncak sempena Hari Kebangsaan yang ke-61.

Eksepidisi mendaki bukit yang berketinggian 330 meter itu merupakan ajuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabar Pendaftar (KRESTAR), UniSZA.

Penolong Pendaftar, Mohd Faizal Ibrahim, berkata pihaknya melakukan kelainan menyambut hari kemerdekaan negara kali ini dengan cara mengajurkan aktiviti mendaki Bukit Maras

Katanya, walaupun ada yang belum pernah mendakit bukit itum setiap peserta gembira dan berpuas hati sebaik berjaya sampai ke puncak.

“Peserta yang mendaki bukit juga menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap negara yang tercinta dengan menyertai program ini sekaligus memupuk kesedaran dan semangat patriotism”

“Selain itu, peserta juga turut membawa ahli keluarga masing-masing menyertai pendakian ini sebagai aktivti sihat dan dapat mengeratkan silaturrahmi dalam kalangan staf dan keluarga”, katanya.

  dere3   dere4   der1

Print Email