• Home
  • Berita
  • DR MASZLEE RASMI MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS

DR MASZLEE RASMI MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS

YBM Putrajaya: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik merasmikan Majlis Penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris yang dihadiri pelajar Turki bertempat di Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Dalam majlis berkenaan, Dr Maszlee Malik yang diiringi Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif telah disajikan dengan persembahan dikir barat daripada pelajar Turki.

Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) tersebut dianjurkan oleh UniSZA dengan kerjasama Yayasan Belia Turki (TYF). Sebanyak 43 orang pelajar dari 35 universiti di Turki menghabiskan masa selama sebulan menghadiri kelas dan mendalami budaya Malaysia di Terengganu pada tahun ini.

Menteri Pendidikan, berkata program EIM tersebut menawarkan manfaat yang meluas kepada para pelajar yang tidak hanya berminat untuk mempelajari bahasa baru, tetapi juga ingin  mendapatkan pengalaman yang lebih luas sekaligus mempelajari pelbagai perspektif dan nilai budaya yang berbeza.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan majlis penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EIM) dengan pelajar Turki semalam.

Print Email