123 STAF UniSZA TERIMA APC

apc1 KUALA NERUS – Seramai 123 kakitangan akademik dan bukan akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Staf, semalam.

Pada majlis itu juga, dua penyelidik dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terlibat dalam pembangunan produk makanan tradisional, nasi dagang sejuk beku turut menerima Anugerah Kecemerlangan Khas UniSZA.

Selain Prof Dr. Che Abdullah Abu Bakar dan Roslan Arshad, turut menerima anugerah sama ialah kakitangan Perpustakaan, Rosnorzaini Rusli.

Penyampaian disempurnakan oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor. Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Sementara itu, Anugerah Royalti Buku Tertinggi dinobatkan kepada Tajwid Al-Quran hasil nukilan Wan Mohd. Khairul Firdaus Wan Khairuldin; Penerokaan Pengukuran Kualiti Hidup Maqasid Al-Syariah (Mahadzirah Mohamad dan Nizaita Imar) dan Burung-burung di Negeri Terengganu (Anuar McAfee).

Anugerah Royalti Terbitan Pengajaran dan Pembelajaran Tertinggi (English Is Easy, Al-Mu’in Fi Ta’allum Al-Lughah Al-’Arabiyyah dan Al-Madkhai, Ila Al-Dirasat Al-’Arabiyyah);Anugerah Penerbitan Buku (Konsep Paraclate dalam Teologi Kristian dan Akidah Islam); Anugerah Pengajaran Sains & Teknologi (Dr. Suhailan Safel) dan Anugerah Pengajaran Sains Sosial & Kemanusiaan (Prof. Madya Dr. Puspa Liza Ghazali).

Anugerah Ahli Akademik Harapan pula dimenangi Dr. Wan Mohd. Khairul Firdaus manakala Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh yang meraih Anugerah Tokoh Akademik Universiti dan mesin i-Dispenser bagi membantu mengoptimumkan rawatan terhadap ketagihan dadah Opiat (Anugerah Pertandingan Inovasi).

Majlis yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak itu turut diadakan sambutan Hari Raya peringkat UniSZA.

apc3   apc4   apc6   apc5

Cetak E-mel