LAWATAN KASIH SAYANG MENTERI PENDIDIKAN KE UniSZA

yb1 KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima lawatan mengejut dari Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik pada 8 Julai yang lalu.

Lebih membanggakan, UniSZA adalah universiti pertama yang dilawati beliau secara mengejut selepas viral beliau melakukan lawatan ke sekolah sekolah di Terengganu.

Dr Maszlee ketika ditemui menzahirkan rasa kagumnya atas sikap mahasiswa UniSZA yang memastikan kebersihan meja selepas makan dan dalam banyak lawatannya, beliau memaklumkan ini antara yang terbaik dan wajar dicontohi semua Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Beliau juga berbangga dengan pemimpin siswa UniSZA yang membangunkan sendiri Pusat Aktiviti Pelajar khusus untuk mahasiswa beraktiviti.

Sementera itu, Presiden MPP UniSZA, Muhammad Ammar Rafiq turut mengutarakan  beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak YB Menteri.

“Semoga hasil lawatan mengejut beliau yang dinamakan Lawatan Kasih Sayang ini, banyak manfaat yang bakal diterima kita di UniSZA,” katanya ketika ditemui.

Pada lawatan itu, Dr Maszlee sempat meluangkan masa bersama pelajar UniSZA di Kawasan Asrama Lama, Asrama Baru, Kafeteria dan Pusat Aktiviti Pelajar serta mengunjungi Pejabat Naib Canselor  di Bangunan Canselori.

Turut mengiringi beliau, Naib Canselor, Prof Dato Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad, Pendaftar, Ismail Ahmad dan Bendahari, Shakimah Endut.

yb2   yb3   yb4   yb5

Cetak E-mel