• Utama
  • Berita
  • PELAJAR FAKULTI PERUBATAN KE PERTANDINGAN EAST COAST MEDICAL OLYMPIAD (ECMO) 2018

PELAJAR FAKULTI PERUBATAN KE PERTANDINGAN EAST COAST MEDICAL OLYMPIAD (ECMO) 2018

FSK1 Pada 30 Jun 2018 (Sabtu), seramai 12 orang pelajar Fakulti Perubatan UniSZA yang terdiri daripada 8 orang pelajar klinikal dan 4 orang pelajar Pre-klinikal beserta seorang Pengiring  Puan Hafzan binti Mohamad telah hadir ke pertandingan East Coast Medical Olympiad (ECMO) 2018 anjuran Medical Students’ Society (MEDSS) dengan kerjasama International Islamic University (IIUM) Malaysia.

Melalui pertandingan ini, pelajar yang terlibat di bawah persatuan MediSZA dapat berkenalan dengan pelajar daripada universiti lain. Para peserta juga dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan baru disamping menguji tahap pengetahuan yang dimiliki. Program ini juga telah melahirkan pelajar yang berdaya saing disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hal ini dibuktikan melalui maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir.

Peserta Pre-Klinikal telah berjaya meraih tempat kedua manakala pelajar Klinikal meraih tempat keempat dan saguhati. Kehadiran para pelajar daripada semua universiti amat menggalakkan dan diharap program ini dapat diteruskan pada setiap tahun.

Pihak Fakulti Perubatan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

FSK5   FSK3   FSK2

Cetak E-mel