TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN (MBBS) SESI 2018/2019

1mbbs 04 Jun 2018 – Sesi temuduga pengambilan pelajar baharu program MBBS sesi 2018/2019 diadakan di Fakulti Perubatan, Kampus Perubatan, UniSZA bermula pada 04 Jun 2018 hingga 07 Jun 2018 dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Jumlah keseluruhan calon temuduga ialah 329 orang termasuk 52 orang calon daripada lulusan matrikulasi Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA). Seramai 12 orang panel yang terdiri daripada pensyarah perubatan yang dilantik sebagai panel sepanjang temuduga tersebut berjalan.

Pada kali ini 5 zon terlibat dan calon temuduga yang hadir daripada zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak.

Pihak Fakulti Perubatan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang hadir.

2mbbs

 

Print Email