SARONG MAYANG BANTU MASALAH TELEKUNG BERBAU DI SURAU, MASJID UniSZA

FSSG3 Kuala Nerus: Seramai 23 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda (Antropolagi dan Dakwah) berganding tangan dan tampil menyelesaikan permasalahan yang wujud terhadap telekung solat, sejadah dan kualiti kebersihan tempat ibadat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),

Melalui projek yang dikenali sebagai 'Sarong Mayang' dengan menggunakan tanda pagar “dokbaudoh” ia adalah satu usaha kecil bagi mendidik masyarakat untuk mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjaga kebersihan dan kekemasan.

Pengarah Projek, Izzat Imran Wahid berkata, pihaknya menerima sumbangan telekung lebih 100 pasang yang dijahit dengan label 'Sarong Mayang' bagi memudahkan kumpulan sukarelawan itu menukar setiap telekung yang berbau dan kotor.

“Misi kami adalah untuk mengajar dan mendidik masyarakat agar lebih peka dengan keadaan pakaian solat sebelum beribadah selain menerapkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga barang wakaf yang diberi”

“Masalah yang biasa terjadi kepada wanita Muslim apabila hendak solat ialah telekung yang berbau dan kepam. Malah,  ada juga telekung yang di gunakan meninggalkan kesan solekan dan bintik hitam kerana basah dan tidak digantung.” Katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, Geng Sarong Mayang  telah menyediakan bakul di dalam surau pada setiap hujung minggu untuk mana-mana pihak turut serta menyumbang tenaga dan pahala bagi membasuh dan meletakkan kembali telekung bersih di setiap surau di dalam UniSZA.

“Saya harap projek sukarelawan ini diteruskan dan disambut baik oleh semua mahasiswa agar lebih prihatin dan cakna terhadap keadaan sekeliling”, katanya.

Ahli Geng Sarong Mayang, Muhammad Wan Faizal Che Juhari, berkata projek itu melihat kepada masalah yang berlaku pada hari ini di mana tiada pihak yang cakna akan kepentingan pakaian.yang berbau dan tidak memuaskan serta mengganggu khusyuk ketika solat.

“Alhamdulillah, pensyarah dan kakitangan UniSZA turut menyokong usaha yang dilakukan ini bagi membantu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebersihan sebelum solat dan budaya wakaf.

 “kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk atau  kewangan dalam memastikan projek ini dapat  diteruskan”, katanya.

Projek itu juga turut mengadakan forum bertajuk Telekung Talk : ‘AKU’ Busuk and Poetry Night For All dengan kerjasama Kelab Citra Puisi UniSZA (KERISZ) serta amali solat kepada anak-anak kecil di tadika UniSZA.

FSSG1   FSSG2

Print Email