100 PESERTA SERTAI ESPER DEMI ALAM SEKITAR

ESERI1 Jabi – Seramai 100 peserta berkerjasama dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Malaysia dengan menyertai Program Ekspedisi Saintifik Pacuan Empat Roda (ESPER).

Program yang diadakan selama tiga hari di Sungai Limau, Jabi itu merupakan anjuran sepenuhnya Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Pengarah ESERI, Profesor Madya Dr. Hafizan Juahir berkata tujuan ESPER yang paling utama adalah untuk pengumpulan data alam sekitar di kawasan yang terpilih dalam membuat perbandingan antara kawasan yang tidak tercemar dan yang tercemar. “Data yang diperolehi ini akan dimasukkan ke dalam pangkalan data alam sekitar Negeri Terengganu sebagai asas rujukan sekiranya berlaku pencemaran di masa akan datang.  

“Selain itu, kami juga turut dapat menyiapkan penghasilan penerbitan saintifik daripada program ini bagi memenuhi keperluan penyelidikan universiti”, katanya ketika ditemui.  Beliau berharap, ESPER kali ketiga itu dapat dapat melaksanakan pemindahan ilmu dalam pengawalan dan penjagaan serta kesedaran alam sekitar kepada peserta serta penduduk setempat melalui pengumpulan data penyelidikan yang dilakukan sepanjang program berlangsung. 

Menurut Hafizan, secara keseluruhannya, ESPER bermatlamatkan pengukuhan pengetahuan saintifik terhadap kawasan sekitar Sungai Limau, Jabi, Terengganu yang sebelum ini kurang dikaji. “Program ini juga diharapkan dapat menghasilkan penemuan baru yang boleh diterbitkan untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa  “Alhamdulillah, ESPER kali ini bukan sahaja disertai ahli akademik dan penyelidik, malah usahawan, pegawai – pegawai kerajaan, kakitangan, pelajar siswazah dan warga tempatan turut serta sekaligus merangsang perbincangan dan pertukaran idea antara peserta dalam bidang yang berkaitan”, katanya.  

Antara aktiviti yang dijalankan adalah persampelan dan pengumpulan data semasa kualiti alam sekitat di kawasan Sungai Limau kepada pihak Jabatan Hutan Negeri Terengganu serta penghasilan penerbitan saintifik bagi memenuhi keperluan MyRA.

Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kajian penilaian alam sekitar bagi tujuan pemulihan dan pemeliharaan flora dan fauna.

ESERI2   ESERI3   ESERI4

Print Email