UniSZA RAIH 28 EMAS DI UNICEL 2018

  UniCEL3 Kuala Nerus: Sebanyak 28 pingat Emas berjaya digondol Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL 2018), hari ini.

Karnival yang mempamerkan 90 produk berkaitan inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) itu disertai oleh warga akademik, penyelidik serta pelajar dari seluruh negara.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff  berkata, karnival kali kedua diadakan itu bertujuan memberi pendedahan, mengetengahkan dan mempamerkan hasil inovasi berfokuskan PdP  kepada komuniti setempat.

“Penyertaan dari seluruh instituti serta sekolah berkenaan produk e-pembelajaran mereka ini dinilai untuk dipilih sebagai  produk inovasi terbaik yang akan dipertandingkan ke peringkat seterusnya.

“Saya berharap agar UniCeL 2018 ini memberi manfaat kepada semua terutamanya warga UniSZA untuk lebih aktif berkarya serta berinovasi dalam PdP serta mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi di peringkat lebih tinggi”, katanya pada majlis perasmian UniCeL 2018, Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad dan Pengarah Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL), Dr. Sharifah Wajihah Wafa Syed Saadun Tarek Wafa.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 48 produk menerima pingat Emas, manakala 30 produk dianugerahkan pingat Perak dan 10 produk diberikan Pingat Gangsa.

  UniCEL1   UniCEL2

Cetak E-mel