UniSZA, UMT DAN TATIUC JAYAKAN MPI 2018

MPI 18a Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) buat kali kedua telah diadakan secara bersama di antara UniSZA, UMT dan TATIUC bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada 7 April 2018 sehingga 9 April 2018. Program yang memasuki tahun kelima penganjurannya telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 314 produk inovasi yang melibatkan sembilan (9) kluster.

Yang Berhormat A. Latiff Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi, mewakili Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pada 9 April 2018.

Turut mengiringi beliau adalah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Rektor TATIUC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah RMIC UniSZA, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed. Yang Berhormat A. Latiff Awang turut berkesempatan melawat tapak pameran bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan produk-produk yang dipertandingkan.

Program pada tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada Institusi penganjur. Pecahan penyertaan adalah sepertimana berikut :-

Jabatan

Bilangan Penyertaan

UniSZA

112

UMT

135

TATIUC

47

Universiti Awam (UA) Lain

8

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

1

Politeknik

2

Lain – lain

2

Sekolah

7

Jumlah

314


Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MPI 2018. Adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan menjadi program perdana bagi UniSZA, UMT dan TATIUC dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

MPI 18b   mpi 18c   MPI 18d   mpi 18e

Print Email