UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM “PLAY THERAPY IN SOCIAL LIFE”

Unit1 Unit Kaunseling, PTNC HEPA UniSZA telah menganjurkan satu program kaunseling  ekspresif  iaitu terapi bermain (play therapy) pada 29 Mac 2018.  Terapi bermain adalah sebahagian daripada kaedah perawatan pada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ia merupakan salah satu kaedah intervensi yang efektif bagi seseorang individu. Terapi bermain ini amat positif terhadap perkembangan fizikal, emosi, mental, intelektual, kreativiti dan sosial.

Terapi bermain adalah sebagai social item yang boleh membantu peserta untuk membuat penerokaan kendiri dengan lebih berkesan. Hasil daripada penerokaan kendiri ini di harap dapat membuka minda dan membentuk matlmat kehidupan yang lebih proaktif kepada para peserta.

Oleh yang sedemikian, Unit Kaunseling, PTNC HEPA mengambil pendekatan mengadakan bengkel ini sebagai langkah proaktif untuk memperkembangkan satu lagi kaedah intervensi berbentuk terapi bermain yang boleh menarik minat peserta untuk menyertai terapi kaunseling pada masa akan datang.

Seramai 37 orang peserta telah menghadiri program ini yang bertempat di Pejabat Unit Kaunseling PTNC HEPA UniSZA. Terapi ini merupakan satu peluang yang baik bagi membantu para peserta manfaatkan alat permainan sebagai media yang efektif untuk meneroka permasalahan psikososial yang ada dalam dirinya serta mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum melalui ekspresi kendiri. Semoga terapi ini akan dapat dikembangkan lagi kepada lebih ramai peserta khusunya mahasiswa UniSZA.

Unit2   Unit3

Cetak E-mel