PROGRAM MOTIVASI BELAJAR “ ACHIEVE YOUR TARGER “

DSC 3024 1000 Kuala Terengganu - Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA mengadakan program Motivasi Belajar “Achieve Your Target” bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, Kampus Gong Badak, UniSZA pada 30 Mac 2018.

Unit kaunseling PTNC HEPA telah mengambil inisiatif bagi mengadakan program Motivasi Belajar “Achieve Your Target” bagi membantu mahasiswa agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan supaya dapat membuat persiapan minda dalam mencapai  kecemerlangan akademik.

Konsep program ini lebih memberi penekanan kepada memberi suntikan motivasi dan semangat yang berterusan dalam pembelajaran serta pendedahan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam rutin pembelajaran harian agar prestasi mahasiswa dapat ditingkatkan.

Program ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling dengan berkongsi Gaya Pembelajaran yang bersesuaian melalui Teknik VAK iaitu Visual, Auditori, dan Kinestetik. Teknik ini juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan otak kiri dan otak kanan sebagai medium terpantas bagi seseorang pelajar dalam mengingat, menghafal dan mempraktikkan dengan cepat apa yang telah dipelajari di samping memudahkan pelajar semasa mengulangkaji pelajaran. Di samping memberikan input berkaitan teknik pengurusan masa, emosi dan konflik.

Melalui program ini, kelihatan 65 orang mahasiswa yang hadir lebih teruja setelah diberi pencerahan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka.

DSC 2961 1000

Cetak E-mel