• Utama
  • Berita@UniSZA
  • 2 KEMENANGAN DALAM PERTANDINGAN REAL BUSINES CHALLANGE DI CESF ’18 UMT

2 KEMENANGAN DALAM PERTANDINGAN REAL BUSINES CHALLANGE DI CESF ’18 UMT

CESF 18 1 CESF'18 merupakan Career, Entrepreneurship and Skills Fastival yang julung-julung kalinya diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memberi peluang kepada graduan yang mencari pekerjaan, pengusaha yang mencari peluang keusahawanan serta menambah kemahiran yang sedia ada.

Seramai 21 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dari kelab Keusahawanan UniSZA (KKU) telah menyertai Pertandingan Real Busines Challange (RBC) bersempena program ini pada 12 hingga 15 April 2018 bertempat di sekitar UMT, Hentian Bas MBKT dan Pasar Payang Kuala Terengganu.      

Pertandingan Real Business Challenge ini merupakan gabungan bagi Entrepreneur Challenge, Pitching dan Explorace keusahawanan dimana para peserta perlu menjalankan aktiviti jualan di booth, sekitar bandar Kuala Terengganu serta perlu membentangkan hasil serta strategi perniagaan mereka. Penyertaan  mereka ke pertandingan ini membuahkan hasil yang baik apabila mereka telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan ini seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,300.00 dan RM 1,000.00.  

Menurut salah seorang peserta iaitu Nurdini Md. Zaini pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah, dengan adanya program sebegini dapat mencungkil lebih ramai bakat usahawan dalam kalangan pelajar dan diharapkan pelajar UniSZA lebih proaktif dalam merebut peluang sebegini di masa akan datang.

Program berimpak tinggi ini merupakan anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya, Universiti Malaysia Terengganu yang melibatkan Universiti Awam dan Swasta seluruh Malaysia. Program ini diyakini dapat membina rangkaian keusahawanan antara pelajar dan membentuk gaya pemikiran keusahawanan dengan menyajikan pelbagai program menarik terutamanya temuduga terbuka dan pameran serta peluang keusahawanan.

CESF 18 3   CESF 18 2   CESF 18 4

Cetak E-mel