PELAJAR UniSZA WAKILI MALAYSIA MENANG TEMPAT KETIGA DI ICCC 2018

04.15 FUHA Dua Pelajar Wakili Malaysia 1 Kuala Nerus: Dua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang mewakili Malaysia berjaya meraih tempat ketiga dalam PertandinganKonsultasi Klien Piala Louis M. Brown Forest S. Moten (ICCC) 2018, semalam.

Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-undang , Nallina Sanmugarajan, 24 dan Raagini Sama Sundram, 23, berjaya melangkah ke peringkat akhir selepas berjaya menewaskan pasukan dari negara Kanada, Croatia, Australia, Belanda dan New Zealand pada pusingan separuh akhir.

Pertandingan yang berlangsung di Universiti Maastrich, Belanda itu menyaksikan pasukan dari Amerika Syarikat di tempat pertama dan Scotland di tempat kedua.

Nallina ketika dihubungi berkata, beliau begitu gembira dan berpuas hati kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir sekaligus meraih tempat ketiga.

“Terima kasih rakan pasukanm, Raagini dan juga UniSZA kerana memberi peluang kepada kami untuk beraksi ke peringkat antarabangsa serta mewakili Malaysia ke pertandingan ini”

“Kami sudah membuat yang terbaik dan berjaya membawa nama UniSZA dan juga Malaysia ke persada dunia”, katanya.

04.15 FUHA Dua Pelajar Wakili Malaysia 2

Cetak E-mel