UniSZA BAWA PULANG RM 17,500, JUARA DISRUPT-IT CHALLENGE

Frit0102181 KUALA NERUS – Lima pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diumumkan pemenang utama bagi pertandingan Disrupt-IT Challenge sekaligus membawa pulang wang tunai RM 17,500.00

Pengumuman pemenang diumumkan pada majlis berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Ketua kumpulan, Amir Fadzli Abd. Ghani, berkata kumpulan Green Dream yang dianggotai oleh beliau dan empat ahli lain itu telah menawan hati juri melalui projek iMB: In-Situ Microalgae Bio-engineered Harvester

Menurut Amir Fadzli, lebih 100 pasukan menyertai pertandingan itu dan hanya sembilan sahaja yang ke peringkat akhir.

“Alhamdulillah, kami berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir dan dinobatkan sebagai juara pertandingan ini”

Katanya lagi, Kumpulan Green Dream turut dipilih sebagai pemenang kategori Best Business Plan sekaligus membawa pulang wang tunai RM 2,500

Disrupt-It Challenge adalah satu pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Prestariang dengan kerjasama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).


Program itu bertujuan mencari 'tech-preneurs' dengan produk dan idea bisnes baharu yang selari dengan UN Sustainable Goals.

Frit0102182 Frit0102183 Frit0102184

Cetak E-mel